Berjalan2 bersama Bangyo 👨💼di Krakow 🇵🇱
- Mohamad Nazarul Eizat Bin Mohd Nudri
- Dec 6, 2019
- 2 min read
Updated: Dec 7, 2019

Assalamualaikum dan salam. 🇵🇱 sebuah negara yang penuh bersejarah. Banyak tempat yang cantik dan rare disini. Bangyo 👨💼berkesempatan untuk discover tempat ini selama 2 hari sahaja. Nak tengok apa sebenarnya ada di KrakowPoland ini.
Tukaran wang Wang yang di gunakan di Poland 🇵🇱 ini ialah 💵Zlotish. Zlotish masa bang yo pergi dulu lebih kurang one to one dengan Malaysia saja. Tukaran wang boleh di buat di Airport , rasa lebih selamat. Tapi mostly Bang yo travel pakai credit card saja. Lebih mudah.
🚘Uber Uber di Poland ini sangat efficient dan mudah untuk kita ke bandar tersebut. Dari Airport ke bandar lebih kurang 32 Zlotish saja.
🏡Airbnb Tidur saja di Airbnb di Poland ni, rumah sangat mewah dan sangat selesa. Bang yo sewa Airbnb yang bernama Way2stay Attic Blisko Dworca. Owner dia nama Agnieska. Bang yo 👨💼rekomen pada sesiapa nak ke Krakow, cuba menginap di sini memang berbaloi.
Main Square 🏯Sebuah dataran yang agak luas, dan dikelilingi dengan bangunan bersejarah. Depan main square ni ada Hard rock cafe. Kepada peminat HRC boleh membeli cenderahati disini.
Aushwitz Concerntration Camp 🏰Bang yo memang sejak dari sekolah menengah minat cerita mengenai Holocaust. Jadi bang yo 👨💼memang berhasrat nak ke sini. Sebelum bang yo👨💼 mencari2 agen yang buat tour di Aushwitz ni, airbnb bang yo memang offer services extra dia . Jadi kami pun setuju. Tepat jam 8 kami di bawa ke Aushwitz ini. Tuan rumah tu charge 150 sahaja untuk 7 jam service termasuk service ambil dan hantar di rumah. Service dia sangat tip top. Sampai saja di Birkenau Museum, bang yo pun di beri ticket dan headphone untuk masuk ke tempat tersebut. Nak kata seram, memang seram sangat. Mana tak nya tempat suatu ketika dulu di penuhi dengan Jenazah dan manusia2 akibat peristiwa Holocaust ni. Di bawa satu persatu tempat macam akuarium yang di penuhi dengan kasut, rambut orang yang terurai akibat Gas Chamber, di perlihatkan tempat membawa orang hidup2 memang seram. Selepas itu, kami ke Aushwitz yang tidak begitu jauh. Di tempat tersebut kami dapat melihat, 🚋keretapi yang membawa mangsa2 holocaust tersebut. Waktu tu winter pulak. Memang sejuk sangat la tambahan poland di penghujung dunia.
Itu sajalah pengalaman bang yo👨💼 di Poland. X banyak sangat tapi penuh bermakna. Ada lebih sikit masa dan duit, cuba lah pergi ke Poland. Merasai sesuatu kelainan sikit.
Assalamualaikum🔚
Comments