Penyeluk saku di Kota Eropah
- Mohamad Nazarul Eizat Bin Mohd Nudri
- Dec 6, 2019
- 3 min read
Updated: May 23, 2022
Penyeluk saku bukan sahaja akan membebankan anda malah menyusahkan anda apabila kehilangan benda penting.

Tips mengelakkan penyeluk saku di Eropah dari bang Yo
Alhamdullilah bang yo di beri peluang untuk menikmati Eropah setiap tahun atas urusan kerja, dan alhamdullilah diberikan kesihatan yang baik untuk berkongsi tips di Eropah kepada semua.
Eropah merupakan negara yang cantik tapi di cemari dengan perilaku yang tidak bermoral iaitu menyeluk saku. Penyeluk saku ini, selalunya bang yo tgk , dia bergerak aktif di negara2 yang berbilang bangsa dan menjadi tumpuan para pelancong. Antaranya Paris, Madrid, Milan, Rome dan juga London. Kalau di youtube channel, kita search sahaja "Pickpockets" keluar la video yang berjaya di rakam oleh para pelancong. Mereka hanya mensasarkan para pelancong sahaja kebih2 lagi ketika menggunakan Public Transport.
Cara Latihan
Ada kawan bang yo cerita, depa ni kebanyakkannya dari negara2 xmembangun dan negara Muflis macam Romania, Greece dan sebagainya. Cara latihan depa sangat licik iaitu memakaikan jaket kepada patung dan di hiasi dengan loceng. Mereka perlu mengambil barang dalam jaket tersebut tanpa membunyikan loceng tersebut. Bang yo dengar saja. Xtahu ke betul ke x wallahualam.
Modus Operandi
Mintak Sign
Selalunya Gypsy ini akan mendekati dan akan tanya, "can you speak English"? Kalau kata yes, depa akan explain la benda2 kutip derma dan sebagainya. Dalam pada yang sama mereka paksa untuk memberi sumbangan. Dalam pada kita dok buka wallet kita tu, ada dah yang menanti di belakang untuk melakukan kerja tersebut.
Menanyakan Peta
Haa yang ni selalu berlaku di Metro Italy. Depa ni selalu bergerak dalam kumpulan. sekurang2 nya 4 ke 5 orang. Modus operandi, depa akan block pintu Metro bila warning pintu akan di tutup sambil mengalihkan perhatian dengan menanyakan tempat di dalam peta. Time tu baik cabut ja sebab byk orang buat kerja wehhh.. hehehe. Tau2 barang dalam poket dah hilang. Nak cerita di Italy bang yo ternampak puak2 ni ddk sebelah kawan bang yo. Dia membawa bayi, nampak tangan Gypsy tua dok seluk saku membe ni. Bang yo dengan pantas menyelinap di bawa orang dan menampak tgn gypsy tersebut. Dengan muka tidak bersalah,mereka keluar pad stsen seterusnya.
Blocking di Dalam train
Sekali lagi, sampah2 masyarakat ini cuba untuk memblock di dalam train dan kali ini demgan cara lebih kasar. Ada yang tidak bagi masuk. Haritu kat Paris bang yo cuba membantu rakan dr Malaysia yang membawa wheelchair. Belum sempat lg kami masuk, terus kami di halang untuk masuk oleh group budak2 gypsy. Kami pn buat2 terjatuh dan menolak mereka. Selain dari block, bang yo dah nampak tangan depa dah masuk di belakang bag dan seorang lagi di dalam scarf. Macam2 ujian Allah bg waktu bermusafir ni.
Langkah berjaga2
Berpakaian Seperti Orang tempatan
Selalu kita tengok, banyak orang yang melancong berpakaian seperti artist gitu. Betul OOTD, tapi pakaian seperti ini yang selalunya akan menarik perhatian para penyeluk saku. Cuba lah anda dressing baju biasa saja. Tshirt, jeans dan sneaker pun sudah memadai. Jika sejuk pakailah jaket atau winter cloth yang bersesuain dan tidak terlalu terang.
Pakai Slingbag atau Bagpack yang menghala ke depan
Seandainya anda memakai backpack di belakang ia samalah seperti anda meletakkan nota "Sila seluk saku saya" hehe. Ini adalah peluang bagi pick pocket untuk mencopet anda. Seandainya ada bag yang masih di belakang, sila halakan ke depan bagi supaya kita dapat memastikan keselamatan barangan berharga kita terjamin.
Kosongkan Poket anda
Poket perlulah sentiasa dari sebarang barangan yang berharga. Barangan berharga perlu disimpan kemas di dalam bag seperti, wallet, handphone, passport dan sebagainya kerana perkara ini akan memudahkan penyeluk saku mengambilnya.
Akhir kata
Bang yo cuma boleh berkongsi pengalaman bang yo selama mana berada di Eropah. Tapi kalau nasib x menyebelahi dah buat langkah berjaga2 macamana pun, Perkara buruk masih terjadi. Bak kata pepatah " Malang tidak berbau" . Bagi gambaran sebenar boleh kita buka di Youtube ya.
Sekian Assalamualaikum.
Comments