Tips Cuti Cuti Spain Bersama Bang yo
- Mohamad Nazarul Eizat Bin Mohd Nudri
- Dec 6, 2019
- 3 min read
Updated: Dec 7, 2019

Spain 🇪🇸 atau Sepanyol negara dia ok la banyak sejarah. Negara dia ada part yang cantik ada part yang xberapa berkenan. Spain of coz anda semua mengenali dengan Pasukan Bola Sepak Real Madrid, FC Barca dan Sebagainya.
Bangyo Sewa kereta saja di sini, kami memilih Avis Budget sebab harga yang ok dan kereta dia bagi agak mewah. Jadi Bangyo, jalan2 saja di Barcelona
Barcelona Barcelona Merupakan negara yang terdiri dari pelbagai bangsa. Apa yang menarik di Barcelona?
La Sagrada Familia
Bangunan ni atau gereja ni under construction tapi xpernah siap. Punya lama dok buat x pernah siap. Pelik betul. Nak pegi ke sini, boleh naik taxi. Sebenarnya di Barcelona atau Spain, xda Uber , jadi agak susah untuk bergerak kalau xda kereta, tapi taxi pun payah nak dapat yang kosong. Kene pakai Apps Free Now. Masih juga susah untuk dapatkan Public Transport.
Ramla Street Ramla Street sebenarnya mcm central market saja. Lebih kurang mcm Jalan TAR saja. Banyak juga benda boleh beli macam Souviner, Jersey dan juga buah buahan.
Basically tempat ni saja bang yo berjalan. sebab xda benda menarik untuk discover
Hari berikutnya, bang yo dengan kereta yang ada terus ke Andorra. Ia merupakan negara yang lain walaupun berdekatan dengan Spain. 3 jam Juga perjalanan bang yo tempuh.
Andorra Tempat shopping bebas cukai saja. Macam Langkawi. xda tempat yang cantik dan bersejarah pun di Andorra..

Madrid Madrid merupakan ibu negara pada Spain. Bang yo kat sini tidur Airbnb 3 blik. selesa juga la. jadi kat sini bang yo hanya je Stadium Bernabeu, Las Rozas Village, Plaza Mayor dan Gran Via. Madrid nampak bandarnya lebih teratur sedikit dari Barcelona.
Stadium Bernabeu
Stadium ni biasalah stadium tour. walaupun namanya Real Madrid tapi keadaan stadium seperti tidak terurus. Yuran masuk untuk stadium tour ialah EUR25. Masuk saja di dalam stadium tersebut, kita boleh lihat pameran Piala2 yang pernah dimenangi oleh Real Madrid ini. Kemudian kami terus ke pameran seterusnya iaitu changing room atau bilik pertukaran pemain Real Madrid. Di tingkat bawah sekali , kami di bawa ke padang. Padang memang terurus rapi sangat. Akhir sekali ialah barangan cenderahati yang mampu tengok.

Plaza Mayor Bagi sesiapa yang memandu di Madrid ini, bang yo sarankan, letak lah kereta di Plza Mayor ini. Mudah untuk ke Gran Via dan Monumen di sekitar bandar Madrid . Gran Via merupakan tempat shopping yang mahal. Pelbagai jenama yang mewah2 di jual sepanjang jalan ini. Agak merbahaya ya di sini, Pick pocket merata2.
Las Rozas Village
Sama seperti Bicester Village di London dan La Valle Village di Paris, Las Rozas menawarkan pelbagai jenis jenama dengan harga yang berpatutan. Jenama seperti Coach, Michael Kors dan sebagainya ada di jual di tempat tersebut. Kalau bernasib baik, butik2 akan memberikan discount hingga 70%
Cordoba
Pada awal pagi, bangyo terus ke Cordoba. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam. Di Cordoba, ada masjid yang ditukarkan kepada Gereja. Bila mana bang yo masuk nak solat, bang yo tercari2 la mana masjid. Rupanya ia adalah gereja. Yuran masuk ke dalam masjid tersebut ialah EUR10. Tapi bila masuk ke dalam masjid tersebut, byk emas padu di pamerkan.. Dan di sudut gereja tersebut , ada mihrab masjid yang masih cantik. tapi di sebelah sudut lagi terdapat gereja besar. Benarlah ada sejarah yang disingkapkan mengenai keruntuhan sejarah islam di Cordoba. Keluar dari masjid, terdapat sebuah jambatan besar yang di gelar sebagai Roman Bridge of Cordoba yang di bina pada kurun ke 8. Tapi masih kukuh. Lepas habis di Cordoba, bang yo terus ke Granada untuk bermalam
Granada
Merupakan tempat terletaknya Istana Alhambra. Bang yo tidur di Ibis Hotel Granada. Hotel yang cantik utk 3 star dan murah. Ada parking juga. Rekomen tidur disini ya. Disini bang yo pergi ke Istana Alhambra. Nak masuk harga nak masuk ialah EUR 40. tapi kena booking awal. Selalu akan sold out ticket ya kalau kita beli masa sampai. Jadi beli lah awal. atau online booking di https://www.alhambra-granada-tickets.com/…#. Bila masuk tu ingat kecik je. Rupanya besar betul istana tu. Ada dua seksyen pulak. Ada satu ke taman dan satu lagi ke Istana. Mula2 bang yo ke masuk ke taman yang di panggil Alcazar. Memang cantik, ada aliran air di tengah2 taman istana tersebut. Lepas tu bangyo naik ke atas istana tersebut. Dapatlah bang yo tengok permandangan di seluruh Granada. Memang cantik.
Malaga
Malaga basicaly macam port untuk ke Tariffa. Tapi bandar dia modern dari bandar di Spain yang lain. Bang yo spend separuh hari saja di sini melihat bangunan2 yang artistic. Malaga ni pun banyak pencopet. jadi kene sentiasa berhati2
jadi nak travel kat Spain ni kena banyak berhati2. Peminat sejarah islam boleh datang ke sini untuk melihat sendiri kesan dari keruntuhan kerajaan islam di sini. Bang yo rekomen , bawa lah kereta . Lebih mudah untuk travel sana dan sini. Parking dia agak mahal , tapi Petrol agak murah dari negara Europe yang lain. Setakat itu dulu. Esok bang yo nak share travel kat Poland pula.
Assalamualaikum
Comments